Halaman

Isnin, 26 April 2010

kEindAhan maSjiD kEpaLa bAtAs, kEdaH...




Kali ni aku kena buat tugasan kumpulan untuk kajian seni bina Islam. Koz aku ni kena amik gak subjek Seni Islam Perbandinga. Aku dah dapat dah masjid yang nk kaji tapi aku nk kongsi dengan ampa semua ni masjid yang saja-saja aku tengok ni walaupun aku tak amik masjid ni.. Masjid ni lawa, cantik tapi sayangnya dia ada tepi jalan raya. Jadi, bising la.... kurang la nk khusyuk kalau macam ni... tp mcm mana pun aku nk cerita tentang kecantikan jalah....
Ni halaman luar dah.. arkitek saja ja kurangkan pokok sebab nk bagi nampak landskap luar dia... memang cantik la.. susunan batu bata.. memang gah la.. pokok saja letak bahagian tepi ja sebab nk bagi lapang ja kalau kita masuk masjid ni.. Silap2 kalau solat kat luar pon memang puas hati la sebab nyaman ja... aku memang berkenan dengan masjid ni sejak awal lagi dah tapi apa leh buat dah kaji masjid lain dah.. Lagipun membe2 aku semua dah penat & pening kepala dah sebab musim timur ( panas / kemarau) kat tempat aku... membe2 aku ni bukan orang2 utara jadi diorang takbiasa la panas macam ni.. aku paham.. aku pon kesian ja tengok diorang... biar la.. janji aku leh tatap keindahan masjid ni... Sekarang ni aku nak cerita tentang halaman luar dulu...



Kalau tengok kat halaman depan macam taman ja... kawasan nampak sederhana ja. tapi senang bila tengok... memang ni masjid namanya bila sampah pon tak ada. Orang jaga elok saja... nampak bersih ja. Bila sekitar macam ni rasa selesa ja bila datang masjid. Longkang pon ditutup dengan simen, kemas ja bila kita tengok. Bila longkang tutup macam ni jadi tak bau la busuk2 pa yang patut..



Ni bahagian tepi kawasan paling depan dekat pintu depan. Laluan ni laluan "short" kalau sapa-sapa yang gelut nk smayang. Laluan tu terus ja pi kolam wudhu dan gambar sebelah kiri pulak penjuru masjid bahagian hadapan. Sengaja aku ambil gambar perspektif macam ni sebab nak tengok lawa ka tidak. Ok gak nampaknya, arkitek buat pondok tu pon nampak kemas juga sebab jemaah boleh berhenti sembang kawasan tu.. Yala masjid bukan tempat untuk sembang benda2 tanda manfaat macam lawak2. So, bila arkitek buat pondok luar macam ni maka kita nampak la bahawa arkitek memang paham penduduk muslim Malaysia ni. Tiang yang besar sengaja dibesar & nak tunjuk bahawa perlunya kekukuhan ukhwah dalam Islam.. Solat tiang agama, jadi tiang yang besar ni nak tunjuk betapa besarnya tanggungjawab muslim untuk mengangkat agama. Longkang pon ditutup dengan kemas kat situ sebab nak jaga bau, kebersihan. Kebersihankan separuh daripada iman, so bila diorang buat macam tu memang nak didik kita bahawa perlunya ada sikap nak jaga kebersihan sama ada rohani dan jasmani dalam diri kita.



Ni masih lagi kawasan luar yang aku cerita tadi di mana kat sini selepas laluan tadi terus ja sampai sini kolam wudhu dan laluan masuk dalam masjid. Arkitek sengaja buat pondok kat kolam wudhu kat situ sebab nak jaga kualiti air mutlak sama daripada habuk, najis cicak, sebarang sampah yang boleh masuk dalam kolam tu. Kolam tu direka bentuk dengan segi lapan. Memang kita tahu sebelum ni bahawa seni Islam memang rapat dengan segi lapan. Kalau agama Yahudi selalu dikaitkan dengan segi enam tapi agama kita sejak awal lagi memang menggunakan corak segi lapan. Aku sendiri pon tak tau sebab apa jadi macam ni, memang dari zaman dahulu lagi seni Islam ada kaitan dengan segi lapan. Contohnya bangunan "Dome of The Rock / Kubbatul sakrah " yang ada di sempadan Palestin. Ala bangunan mcam masjid bumbung kaler emas tu yang dekat-dekat dengan masjidil Aqsa. Ia pon sama gak kalau kita lihat pelan bangunan tu. Pelan tu ada segi lapan dan macam tu juga pada kolam wudhu ni bentuk segi lapan.




Halaman ni pun ok kan kalau korang tengok, penggunaan unsur ruang yang selesa dan pengudaraan yang nyaman. Seni Islam memang dah terkenal sebagai konsep yang menekankan kekemasan dan mempunyai ukuran yang tepat. Cuba kamu semua lihat bagaimana ukuran lantai yang mempunyai bingkai dan batu yang tersusun dengan tepat. Pokok-pokok pula disusun sebaris sehaja pada bahagian tepi. Kawasan bagi gambar yang tengah tu adalah laluan untuk masuk kawasan mengambil wudhu dan tandas. Walaupun, hanya lalauan ke tempat sedemikian tetapi dihasilkan dengan penuh keindahan. Bila sekali pandang tanpa pengetahuan, kita nampak macam mahkamah syariah. Konsep gerbang kecil yang banyak dan penuh di bahagian depan ialah untuk memberi mesej bahawa masjid ini tempat umum dan terbuka untuk semua manudia bagi melaksanakan ibadat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T tapi muslim jalah. Dari luar lagi kita lihat sememangnya masjid ini mempunyai dua tingkat. Kemungkinan bahagian atas untuk jemaah muslimah.


Walaupun, ini kawasan dalam masjid tapi masih lagi kawasan luar. Kawasan ini sengaja dibuat bagi jemaah yang ingin melaksanakan ibadat dalam keadaan santai. Contohnya membaca al-Quran pada bahagian ini sambil menghirup udara segar. Kenapa lantai masjid seringkali ditinggikan daripada tanah bagi seni bina Islam masa kini. Kalau aku nak jawab ikut pendapat aku ialah lantai sengaja ditinggikan supaya masyarakat meletakan masjid adalah tempat yang paling suci, agung dan perlu diberi penghormatan seperti ini. Disebabkan masjidlah Islam berjaya menawan seluruh dunia yang bermula daripada masjid nabi yang diledakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. . Dinding luar masjid pada gambar sebelah kiri, kita dapat lihat begitu halusnya seni ukir batu kalau tak silap saya. Dinding ini yang berfungsi sebagai lubang angin supaya ada pengalihan udara. Pada gambar tengah pula nak tunjukan bahawa masjid ditinggikan. Pada gambar kanan, menunjukan kawasan luar santai yang mempunyai bahagian2 saf yang besar, Saf2 ini dijadikan dengan batu marmar supaya tampak indah.



Ok, ni bahagian dalam masjid di mana pada gambar kiri kawasan ibadat jemaah lelaki, gambar tengah adalah kawasan hadapan yang ada mimbar dan mihrab dan gambar yang sebelah kanan adalah ruang solat wanita. Teknologi amat berkait rapat dengan Islam, kamu semua dapat lihat dengan tiang serbaguna ada banyak dalam ruang lelaki. Tiang ini berfungsi sebagai kipas dan lampu. Mimbar yang sengaja terlalu tinggi supaya jemaah dapat lihat Khatib atau Imam berucap di hadapan walaupun dari jarak jauh. Ukiran terhadap dinding masjid memang cantik tetapi pada gambar ini tidak berapa jelas sangat. Pada bahagian ruang ibadat perempuan pula mempunyai pintu-pintu bergerak untuk dibuka dan ditutup sekiranya perlu. Fungsi untuk ukiran kayu juga ada pada pintu2 kecil ni. Saf bahagian dalam sengaja bewarna coklat agar nampak rilex dan santai ja. Dinding pula bewarna putih supaya jemaah dapat tumpu perhatian bila ibadat.



Ok, pada bahagian kiri mimbar tempat imam atau Khatib sampaikan Khutbah. Gambar tengah pula pandangan atas pada bahagian dalam kubah. Gambar kanan mihrab tempat untuk Imam untuk solat. Ukiran kayu pada mimbar memang halus dipenuhi dengan ukiran saja. Amat tinggi tapi ada tangga la kat belakang nanti senang Imam nak naik ka turun. Korang tengok bahagian dalam kubah pula begitu halus ukiran terhadap batu dengan ayat suci al-Quran. Mihrab pula arkitek sengaja buat berlapis tapi tu ada la falsafah dia aku tak tau yang tu. Sememangnya bila ada macam ni nampak lawa la aku suka idea yang jenis berlapis2 macam ni. Rekabentuk memang cantik la sampai sekarang aku terpesona dengan ni.



Ni kawasan wudhu pulak, korang tengok pagar wudhu... Pagar wudhu pon dibuat dengan halus pastu dengan kayu pula sebab nak pamerkan masjid ala moden campur tradisional. Pada gambar kiri tempat wudhu yang dilihat dari luar. Gambar tengah pula kolam wudhu dan gambar kanan pula pancur wadhu. Maknanya kat sini, jemaah boleh pilih dua kaedah ambil wudhu la sama ada dengan ambil melalui kolam atau pun melalaui pancur. Tapi kedua-duanya memang baik la. Kadangkala jemaah ramai dan orang berebut, diorang boleh pilih yang mana saja untuk ambil wudhu, Kolam wudhu macam pentas saja kan.. cantik ... sebab risau air melimpah di atas lantai dan mengelak jemaah jatuh sebab licin bila lantai terlalu basah. Gambar kiri pula, siap ada longkang kecil untuk arus air sisa wudhu. Bila kemudahan macam ni maka mudah la untuk kita fahami fungsinya... kalau korang rajin pergi je sendiri kat masjid ni.. walaupun tak sebesar masjid negara atau negeri tetapi ada kepuasan terhadap keindahannya... sekurang2 korang dapat rasa keindahan seni Islam ..huhuhuhu

1 ulasan:

  1. MasyaAllah suka perkongsian tuan mengenai masjid ini.
    Allhamdulillah, Allah izinkan banyak kali juga solat dhuha kat sini.

    Time solat tu tak lah terasa kebisingan dan kesibukkan simpang 4 tu. alhamdulillah tenang dan damai ja.

    BalasPadam