Masjid Jame' Ar-Rahman
Pertama sekali yang ingin disentuh ialah berkenaan dengan reka bentuk seni bina masjid terlebih dahulu. Pelan sebenar pada masjid belum ditemui kerana tidak diminta secara khusus kepada pihak masjid. Walau bagaimanapun, pengamatan yang dilihat ini ialah ia berbentuk segi lapan. Pelan bentuk segi lapan seringkali dapat dilihat pada pelan bagi kesenian Islam yang teragung iaitu "Dome of The Rock" atau Kubbatu As-Sakrah di Jerussalem. Walau bagai manapun kali ini pelan ini dibuat kemungkinan ditiru daripada pelan Kesenian Islam yang teragung itu. Apa yang jelas, walaupun kelihatan kecil tapi cantik dan kelihatan padat dan kemas jika ada ibadat jumaat, majlis-majlis Ilmu dan sebagainya. Tapak dan reka bentuk amatlah cantik. Ia kelihatan tersusun, kubah pula dihasilkan dengan besar dan ini kelihatan amat mempunyai kesesuaian pada bentuk bangunan masjid ini.
Bahagian dalam masjid yang dilihat dan saf
Pada bahagian dalam kelihatan amat unik dan cantik. Warna ia digunakan warna merah pada saf akan memberikan kesan baik di mana jemaah akan solat dengan penuh kesungguhan apabila warna ini dipandang oleh panca indera. Ia tidak sekadar warna merah kosong tetapi dipenuhi dengan bunga-bungaan atau corak. Walau bagaimanapun, apa yang kita ketahui bahawa Seni dalam Islam tidak mengajar umatnya menghasilkan seni berbentuk tunggal. Hal ini, setiap hasil kerja seni dalam Islam diperbanyakan. Ini kerana apabila sesuatu karya atau objek seni yang berbentuk tunggal di dalam masjid akan membuatkan jemaah hilang fokus atau khusyuk dalam solat kerana kemungkinan besar terpandang objek tersebut. Justeru, Seni Islam dihasilkan berbentuk corak dan bunga yang banyak agar jemaah memperoleh ketenangan dan tidak hilang fokus dalam solat. Dalam masjid ini juga, ruang tidak dilebihkan kepada jemaah lelaki sahaja tetapi ruang juga diberi keseimbangan atau sama rata iaitu jemaah wanita kelihatan sama mendapat ruang dengan jemaah lelaki. Pada gambar tersebut kita dapat lihat walaupun, ruang ibadah wanita kelihatan sempit tetapi ruang di atas juga disediakan pada tingkat atas. Pereka seni bina ini amat bijak sekali di mana, mereka memanfaatkan udara yang bersih daripada angin laut. Justeru, pereka sengaja membanyakan lubang-lubang angin pada dinding masjid. Hal ini dapat berlakunya pengalihan udara dalam masjid. Selain itu, menjimatkan tenaga elektrik kerana lebih memanfaatkan udara ciptaan ilahi.
Mihrab
Mihrab di sini memang unik kerana ia bukan sahaja diletakan marmar kosong tetapi penuh dengan keunikan seni Islam. Bunga-bungaan jugawalaupun kelihatan kecil tetapi memang menarik. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak mengganggu perhatian Imam ketika solat. Lekukan pada mihrab kelihatan kecil dan kemungkinan besar ia mencukupi ruang bagi seorang imam yang mengetuai para jemaah dalam menunaikan solat. Pada dindiang bahagian atas mihrab dicorakan dengan corak yang cantik yang mengeliling kubah. Selain itu, Khat kotak juga dipenuhi dengan ayat-ayat suci pada bahagian atas mihrab.
Mimbar
Mimbar kat masjid ni pun cantik, walaupun gambar di atas kurang jelas tetapi ia dipenuhi dengan ukirang bunga yang halus dan licin bila disentuh. Tapi memang hebat la pengukir tu sebab dapat penuhkan mimbar dengan ukiran. Walaupun tiada ruang kosong tetapi ia cantik disebabkan wujudnya ukiran-ukiran walaupun ukiran tu kecil. Pada bahagian atas sekali memang lawa khat tu yang ditulis dengan kalimat suci.
Mimbar
Mimbar kat masjid ni pun cantik, walaupun gambar di atas kurang jelas tetapi ia dipenuhi dengan ukirang bunga yang halus dan licin bila disentuh. Tapi memang hebat la pengukir tu sebab dapat penuhkan mimbar dengan ukiran. Walaupun tiada ruang kosong tetapi ia cantik disebabkan wujudnya ukiran-ukiran walaupun ukiran tu kecil. Pada bahagian atas sekali memang lawa khat tu yang ditulis dengan kalimat suci.
Pada bahagian hadapan dalam masjid ini pula dipenuhi dengan corak bunga-bungaan yang mengelilingi kalimat Allah. Arabesque di sini memang cantik kerana mengelilingi bahagian tepi. Corak-corak ini dihasilkan pada permukaan marmar. Ia sememangnya unik sekali apabila diletak pula pada bahagian hadapan. Walau bagaimanapun, terdapat pada sebelahnya corak-corak yang serupa seperti sedemikian tetapi kalimatnya ialah Muhammad (S.A.W).
Kubah bahagian dalam
Kubah bahagian dalam
Ini merupakan bahagian dalam kubah dan dalam ini dapat dilihat bahawa ia amat besar. Ia memberikan kesan bagi Psikologi yang amat baik di mana ketika individu yang masuk dalam masjid ini kan terasa kerdil. Seiring dengan tuntutan agma Islam supaya ummatnya bersikap rendah diri terutama sekali apabila menghadap Tuhan. Corak geometri juga mengelilingi bahagian dalam kubah. Kesenian Islam seringkali dikaitkan dengan geometri dan ini kerana agama Islam menekankan ukuran yang tepat. Hal ini sesuai dengan Sunnatullah (cara Allah) dalam menciptakan langit dan bumi. Ia dapat dibuktikan dalam Surah Al-Mulk yang menceritakan Allah S.W.T menciptakan alam ini dengan penuh ketepatan ukurannya dan kesempurnaannya. Oleh itu, Hamba Allah S.W.T yang bernama Muslim akan menghasilkan karya-karya seni yang mempunyai ukuran yang tepat dan kesempurnaan seperti penggunaan geometri sebagai corak penampilan. Pada bahagian pusat corak geometri itu pula terdapat lampu-lampu yang tergantung. Hal ini menambahkan kecantikannya dalam masjid.
Bahagian luar masjid
Pada bahagian ini ialah tempat pondok kecil bagi jemaah istirehat di sini atau zikrullah. Apa itu zikrullah????? Zikrullah ialah mengingati Allah samada duduk, berdiri, baring, bersembang dan sambil melakukan sesuatu kerja. Zikrullah amat ditekankan dalam umat Islam kerana ia sebagai kawalan supaya manusia tidak melampaui batas. Zikrullah boleh dilakukan dengan lidah seperti ucapan-ucapan yang boleh mengingati Allah, atau zikrullah dengan hati iaitu mengingati Allah dengan mensyukuri pemberiannya. Zikrullah juga boleh dibuat dengan nyanyian yang menyebut nama Allah atau majlis-majlis ilmu yang mengingati Allah. Justeru, pereka bangunan ini sengaja mereka sebuah pondok kecil di tepi laut agar ummat Islam dapat zikrullah sambil mengamati ciptaan-Nya melalui istirehat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan