Kalau diorang pandai, aku rasa lebih hebat la daripada teori-teori barat yang kita pakai. Tapi salah kita gak., sebab "kondem" bangsa sendiri dan nampak kelebihan orang lain saja. Kepakaran orang kita mcm masuk hutan, nak tau ikan ada ke tidak dalam air, kelebihan mana2 pokok(khasiat), perubatan tradisional dan lain-lain lagi. Kalau kita amik betul2 kepakaran diorang ada manfaatnya kalau pendapat aku la.....
Falsafah Ukiran Kayu :
Tumbuh berpunca,
Punca penuh rahsia,
Tajam tidak menikam lawan,
Lilit tidak membelit lawan.
Dr. Izani-pensyarah aku la ajar aku cuba huraikan satu persatu dalam falsafah ni. Tumbuh berpunca tu maksudnya setiap kewujudan yang ada kat alam ini sama ada dalam bumi atau di langit sekali pun atau alam lain semuanya punca daripada yang satu. Yang satu tu Allah yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Jadi, sebab tu la setiap punca dalam ukiran kayu hanya satu saja dan tak ada lebih dari satu. Contohnya dalam ukiran kayu aku, aku pakai motf bunga bakawali. So, punca yang aku maksudkan dengan Bunga Bakawali yang besar dan induk. Tumbuh berpunca pula ialah beriman pada yang Ghaib mcm rezeki yang kita dapat Allah S.W.T salurkan kat kita secara kita tak nampak dengan mata kasar. Selain tu, macam idea yang Allah S.W.T sampaikan kat kita ni adakah kita nampak secara jelas?? lukisan?? gambar?? x kan?? tapi mai dalam minda kita ni secara orang lain pun tak nampak idea kita ni melainkan kita l
akar, gambarkan pada orang lain. Itu la maksud, punca penuh Rahsia. Disamping itu, Tajam tidak menikam lawan maksudnya setiap tindakan masyarakat Melayu tradisional ni kalau boleh selamatkan daripada pertumpahan darah, maka diorang akan gunakan contohnya perbahasan, perbincangan, dialog dan lain-lain lagi. Seterusnya, lilit tidak membelit kawan maksudnya masyarakat Melayu mementingkan persaudaraan dan persahabatan. Orang zaman dulu jarang kalau kita tengok rumah ada pagar sebab memudahkan interaksi dengan jiran, kawan, dan lain. Masa tu kita boleh gambarkan masyarakat yang tak memikirkan diri sendiri. Macam skrang kita boleh tau tentang semangat kejiranan semakin rapuh di
sebabkan kurangnya nilai-nilai pengetahuan dalam falsafah ini.
Motif yaku buat ialah Bunga Bakawali, Pensyarah aku suruh
pilih flora atau fauna yang ada kaitan rapat dengan masyarakat melayu tradisional. Aku amik bunga bakawali sebagai motif sebab bunga ni ada kaitan rapat dengan orang melayu macam ubat sakit mata, tanam kat kubur sebab wangi dan ade la kepercayaan khurafat sikit la.. Jadi aku minat dan aku cuba terapkan dalam ukiran aku. Lakaran idea motif aku kali ke-3 baru pensyarah terima tapi aku suka dengan teguran dia sebab banyak kefahaman daripada dia. Mulanya, dia cakap idea aku kecil sangat so aku baiki dan aku buat besar. Kali ke-2 d
ia tolak lakaran sebab bunga yang berpunca tu kecil dan sama ja dengan bunga2 lain. Last sekali dia terima dan suruh aku lekat pada kayu hanyut.
Kayu hanyut ni aku cari dengan sahabat aku Patrick Juanis namanya kat Lubuk Kawah, 2,3 bukit kat sungai samak. Aku g dengan Pensyarah aku la tapi aku
dengan kawan aku saja yang masuk hutan cari kayu hanyut ni. Kayu aku, aku tak dapat gambarkan kat sini sebab gambar dia hilang tap aku gambarkan kat penulisan saja la iaitu kulit hitam, isi merah dan dalam reput sikit. Asalnya panjang tapi aku tetak dengan parang bagi pendek sikit kat dalam hutan. Bagi senang bawa sikit tapi kwn aku punya kayu hanyut tu wangi bau kayu... Bez betoi dia.. Pensyarah aku terima kayu aku ni kat sungai lagi dia cakap b
agus je kayu aku. So aku boleh mule la.. pastu bawak balik umah..
dekat satu jam juga aku dalam hutan OTW nak balik.. dalam sangat2 hutan tu sampai aku pun da naik sakit hati gak masa OTW pi dan balik.. ooooooo.. sabar jelah time tu.. hehehe...
Proses sebelum mengukir : Masa sebelum mengukir ni aku kena basuh kayu hanyut ni dulu dengan bersih betul2 pastu gosok pula bagi cuci dengan berus tembaga bagi cuci. Pastu baru jemur kat cahaya matahari bagi kering elok2. Masa tengah tunggu kering tu kalau boleh asah pahat ni betul2 tajam, periksa semua pahat dengan kikis sikit pada kuku.. Kalau dah pasti belum tajam. asah perlahan dengan air sampai betul2 tajam. Setelah siap tajam kayu
pon dah kering, boleh la time tu lekatkan gambar lakaran atas kayu elok2 dengan gam kertas. Bila dah siap kering gam tu pada kertas dan kayu maka boleh la nak ukir pun.
Cara nak ukir pula dengan buat outline dulu la pada kawasan yang akan kita buat. Pikir dulu dan rancang nak mula kat mana. Kalau dah buat outline tu, sebaiknya buang background ukiran yang tidak terpakai. Bila dah selesai buang background boleh la nak bawahkan yang mana dulu dan tinggikan yang mana dulu.
Selepas dah selesai mengukir ni aku perkemaskan dengan pahat kuku yang paling halus iaitu buang apa yag patut dikemaskan contohnya macam ada yang belum kemas lagi, pastu aku beruskan bahagian2 yang kena selesaikan. Selepas kelihatan kemas ja aku gosokan dengan kertas pasir pada semua bahagian. Kertas pasir yang kena guna ialah kertas pasir kayu yang paling kasar dan kertas pasir yang paling halus. Aku gosok sampai habis kertas pasir kasar dan halus. Selesai gosok, aku beruskan semua ukiran ni sampai bersih dan hilang habuk2 yang ada.
Kemudian, akhir sekali aku sapukan syilek pada semua bahagian ukir dan tak ukir bagi berkilat. Pastu jemur kat cahaya matahari terik.
Setelah siap ni, aku pi buat perbentangan la dekat pensyarah tentang karya yang aku buat ni. Dia tanya tiga soalan ja kat aku tapi aku tak boleh jawab pon dalam 2 soalan. Soalan 1 dia tanya kenapa ukiran kayu dan batik tidak diterapkan dalam Pendidikan Seni masa zaman pemerintahan British dulu. Aku tak boleh jawab pun.... Jawapan dia, British xmau orang Melayu ni pandai dan diorang nk cuba buang falsafah melayu dalam batik dan ukiran kayu. Falsafah dalam dua subjek ni boleh membuatkan orang Melayu ni jadi sygkan bangsa sendiri dan nilai bangsa sendiri. Bila diorang buangkan atau x masukkan dua subjek ni dalam mata pelajaran Pendidikan Seni masa tu maka kesan dia hilangnya jatidiri bangsa contohnya kita boleh lihat sekarang ni kat masyarakat kita. Soalan kedua pula apa perbezaan syilek dengan vanish??? aku xboleh jwb jgak, Jawapan dia ialah Syilek ialah air luir serangga yang diproses jadi cecair mcm skrg ni lebih kurang ulat sutera la uang air liur dia boleh keluarkan sutera. Vanish pula bahan kimia yang nampak berkilat ja.. pebezaannya lagi, syilek kalau kita beli ia akan ada serbuk pada bahagian bwh botol dan cecair kaler hitam dan vanish pula mcm madu lebah je kalau kite pegi kedai. Aku silap jgak, aku sapu Vanish, gambar tu gambar aku sapu vanish la tapi aku kena buat lain, aku gosok semula dengan kertas pasir kasar pastu sapu dengan syilek. baru boleh hantar. Itu jelah cerita aku, minta maap la kalau ada yang tak baik dari cerita aku dan minta maap la kalau ada buat sapa2 sakit hati...
waaa..cantik la...
BalasPadamk.ct p0m kne wat gk ker??
xla.. kak ct xamik kayu.. kak ct amik batik je.. hehee,,, die blagak.. ajak amik kayu tapi xnk.. hehehe
BalasPadamhaha..
BalasPadamddye mmg brlagak..
bajet sume keje dye wat comey...
hahaha
hehehe.. no komen... nanti die mrh lak..
BalasPadamxbalik ke raye ni?
hehehe...
BalasPadamala die marah ajer kot..
dh tak0t ker..hahaha
balik...es0p balik..
yeay!
abg azrie x blik ke?
chantek nye hasil keje awk..
BalasPadamemm....cantik2....
BalasPadamTumbuh berpunca,
BalasPadamPunca penuh rahsia,
Tajam tak menikam lawan,
Memaut tak merebah kawan,
Tapi melingkar penuh mesra.
Dr.izani lect sy sekarang :) so hi senior !
BalasPadam